Ahad, 20 Jun 2021

Perbicaraan Ahli Sihir Pendle

 

Perbicaraan ahli sihir Pendle pada tahun 1612 adalah merupakan perbicaraan ahli sihir yang terkenal sekali dalam sejarah Inggeris. Ia adalah perbicaraan yang terbaik sekali pernah direkodkan dalam abad ke-17 masihi. Tertuduh seramai 12 orang itu tinggal di kawasan Bukit Pendle di Lancashire. Mereka dituduh membunuh 10 orang dengan menggunakan ilmu sihir. Semua kecuali dua orang dibicarakan di Lancaster Assizes pada 18-19 Ogos 1612 bersama dengan ahli sihir Samlesbury dan lain-lain. Siri perbicaraan ini dikenali sebagai the Lancashire Witch Trials atau Perbicaraan Ahli Sihir Lancashire. Seorang lagi dibicarakan di York Assizes pada 27 Julai 1612 manakala seorang lagi mati dalam penjara. Daripada 11 yang dibicarakan - sembilan wanita dan dua lelaki - 10 orang didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati. Seorang didapati tidak bersalah.

Sumber gambar oleh John Gilbert dari buku The Lancashire Witches hasil karya William Harrison Ainsworth edisi tahun 1854.

Isnin, 9 November 2020

Hantu dalam Kepercayaan Masyarakat Berbahasa Inggeris

 

Terdapat kepercayaan yang meluas dalam kebudayaan masyarakat berbahasa Inggeris mengenai ghost atau hantu. Hantu ini adalah jelmaan dari semangat orang yang sudah mati. Kepercayaan ini boleh dikesan dari kepercayaan animisme atau pemujaan nenek moyang sebelum berlaku pembaptisan orang Inggeris ke dalam agama Kristian. Konsep ini menjadi tema yang sejajar dalam kesusasteraan dan kesenian di negara-negara berbahasa Inggeris.

Sabtu, 13 Julai 2019

Resume dan Curriculum Vitae


Tujuan resume adalah supaya kita dipanggil untuk temuduga. Kebanyakan majikan akan mengambil masa dalam 30 saat atau kurang untuk membuat keputusan dalam mempertimbangkan permohonan kerja kita. Oleh itu, kandungan resume kita perlulah jelas, padat dan mendesak majikan supaya menerima permohonan kita.

Dalam usaha ini, kita perlulah membuat resume yang khusus untuk jawatan yang khusus apabila kita membuat permohonan. Pastikan kandungan resume mengandungi kemahiran-kemahiran yang relevan dengan jawatan yang dipohon, pengalaman yang relevan dan pencapaian-pencapaian dalam sejarah kerja lampau. Supaya peluang itu muncul maka pastikan resume kita bebas dari kesilapan ejaan dan kesilapan tatabahasa.
Rujukan
  • CV Samples, 'Communication Officer', My Perfect Resume (online)
  • Cara Menulis Surat Motivasi, NovoResume (online)

Khamis, 27 Disember 2018

Kursus English Lessons for You


Aku cuba ikuti kursus ini yang mempunyai seramai 11 orang guru bahasa Inggeris dan 900 pelajaran. Aku dapati kursus ini agak menarik kerana ia mengetengahkan ciri-ciri linguistik bahasa Inggeris basahan dalam perbualan seharian kita. Kadang-kala aku rasa susah untuk berbual dengan orang kerana bahasa Inggeris yang aku pelajari di sekolah tidak mengajar semua aspek penting bahasa Inggeris pun. Aku akan bahagikan nota aku mengikut bulan-bulan sahaja.
    Sumber: EngVid channel (Youtube)


    Sabtu, 23 Jun 2018

    Dasar Pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia


    Sekolah-sekolah sekular di British Malaya sehinggalah terbentuknya Persekutuan Malaysia ini mempunyai asal-usul dari sistem pendidikan zaman penjajahan British di koloni-koloni yang ditadbir oleh mereka. Kebanyakan sekolah-sekolah sekular awal ini ditemui di negeri-negeri selat seperti Melaka, Penang dan Singapura.
    Rujukan
    • Nasrul Rahman Ghazali, 'English Policy Affects All', the New Straits Times, 3 Feb 2017 (online) dan terjemahan bahasa Melayu oleh aku (online)
    • Language Policy in Malaysia: Reversing Policy, Springer Link (online)
    • Ratnawati Mohd Asraf, 'Silibus Bahasa Inggeris dari Tahun 2000 sehingga Seterusnya', UIAM (online)
    • Teh Leam Seng, 'Oldest School Everlasting Heritage of Penang Free School', Life Style - Sunday Vibes, the News Straits Times, 11 February 2018 (online)

    Sabtu, 17 Mac 2018

    The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland


    The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland selalu juga disebut sebagai the United Kingdom atau Britain adalah merupakan negara berdaulat terletak di hujung barat laut pantai benua Eropah. The United Kingdom ini termasuklah pulau Great Britain atau Britain Raya, pulau timur laut Ireland dan pulau-pulau kecil lain. Ireland Utara adalah satu-satunya bahagian United Kingdom yang berkongsi sempadan dengan negara berdaulat lain iaitu Republik Ireland.

    Bahasa
    Kebudayaan
    Politik dan Ekonomi
    Rujukan:
    • United Kingdom Country Profile, BBC News (online)
    • The Difference between the United Kingdom, Great Britain and England Explained, CGP Grey, 30 Jan 2011 (youtube)
    Image Credit: DHgate

    Selasa, 5 Disember 2017

    References for Report Writing

    Below are references to write a report in English for your attention. Click on the links to access the contents:

    Reporting Verbs