Masakan British - Baca Lanjut

Pertanian orang Celtic dan memelihara haiwan ternakan menghasilkan kepelbagaian yang meluas dalam bahan-bahan makanan orang asli di Britain seperti orang Celt dan orang Briton. England yang berasaskan kebudayaan Anglo-Saxon pula memperkembang teknik-teknik masakan berbentuk stew, berdaging dan berherba sebelum teknik-teknik ini diamalkan secara meluas di Eropah.

Penaklukan Norman pula memperkenal rempah-rempah eksotik ke England yang ketika itu berada pada zaman pertengahan. Empayar British seterusnya membawa masuk ke Britain tradisi makanan orang India yang lebih rumit dengan "herba dan rempah yang kuat baunya". Dasar catuan makanan yang dijalankan oleh kerajaan Britain semasa zaman perang pada abad ke-20 dikatakan menjadi punca kepada reputasi buruk hidangan-hidangan dari Britain. Terdapat dakwaan yang bercanggah pula dengan kepercayaan popular, bahawa penduduk di selatan England makan lebih banyak bawang putih berbanding penduduk di utara Perancis.  

Hidangan British secara tradisinya mengikut pengiktirafan antarabangsa cuma terhad kepada sarapan pagi berat, fish and chips dan makan malam Krismas. Hidangan-hidangan British lain adalah seperti Sunday roaststeak and kidney pieshepherd's pie, dan bangers and mash.

Hidangan British juga mempunyai kepelbagaian rantau dengan kategori-kategori yang lebih luas seperti hidangan English, Scottish dan Welsh. Setiap satunya mempunyai hidangan-hidangan rantau dan tempatan pula. Kebanyakannya dikenali dengan nama rantau-rantau itu sendiri seperti Cornish pastiesthe Yorkshire puddingCumberland SausageArbroath Smokie dan Welsh cakes.